Monday 6 January 2014

JODOH TERBAIK ADALAH SEBAIK DIRIMU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Jodoh terbaik adalah sebaik dirimu
Nasib terbaikmu adalah sebaik upayamu
Kebaikan adalah untukmu
Keburukan juga adalah untukmu

Kerana ALLAH telah menyenangkanmu, untuk menjadi penentu kebaikan nasibmu.

Maka janganlah khuatirkan takdirmu,
Tapi upayakanlah nasib baikmu.

Tiada niat ALLAH selain memuliakanmu,
Maka patuhlah engkau kepada Tuhanmu,
Agar dimuliakan olehNya,
Kehidupanmu, disihatkan tubuh dan jiwamu, 
Dibaikkan rezekimu,
Diindahkan jodohmu, 
Disejahterakan keluargamu,
Diharumkan namamu,
Dipanjangkan umurmu, agar engkau dirahmatkan bagi sesamamu....

Dan yang paling indah daripada semua itu, adalah jika ALLAH menjadikanmu penegak agamamu..

Bagi sahabat yang masih sendiri,
Semoga ALLAH tidak memanjangkan masa menunggu yang penuh harap itu...
Semoga keindahan peribadi anda itu segera dihadiahkan dengan belahai jiwa yang sesuai indahnya,
Dalam penyatukan kehidupan yang penuh cinta,kesetiaan dan rezeki yang baik.

Semoga ALLAH memberikan dan melimpahkan rezeki untuk kita semua hari ini...
Aamiin Ya Robbal A'lamin..

Wednesday 11 December 2013

Doa Pemilik Tulang Rusuk ♥

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Peliharalah aku dari kekecewaan,
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan melontar bayangannya jauh kedada langit, 
Hilang bersama senja nan merah..
Agar aku dapat berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya..


Ya Allah,
Gantikanlah yang telah hilang,
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
Walaupun tidak sama dengan dirinya..


Ya Allah Ya Tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan Takdir-Mu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan adalah yang TERBAIK buatku,
Kerana Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini..



" Tulang rusuk Adam yang hilang biar dia yang mencari. Hawa cuma perlu tunggu dan bersabar, tak perlu mencari Adam. Kerana Hawa tetap tulang rusuk Adam yang hilang. Suatu saat Adam akan datang mencari. Yang boleh Hawa usahakan ialah berdoa agar Adam yang datang adalah Adam yang beragama, yang beramal dengan agamanya, dan yang punya akhlak yang baik, yang dapat jadi imam bimbing Hawa ke jalan syurga Allah, InsyaAllah. Amiiinnn!"  ♥

                                                                                                                                                             -Hamba Allah-

Wednesday 10 July 2013

Hari Lahir pada 1st Ramadhan 1434H 10.07.2013

Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini 10.07.2013 bersamaan 1434 Hijrah.. Umat Islam di Malaysia menjalankan ibadah puasa. Alhamdulillah hari ini juga hari lahir saya dan juga kembar saya.. Syukur ke Hadrat Ilahi hari lahir jatuh pada hari pertama Ramadhan.. juz mengharapkan bulan Ramadha tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.. kepada my twin Syahirah a.k.a Acik selamat ulang tahun yang ke 23. semoga Allah merahmati kita.. disihatkan tubuh badan.. berjaya dunia Akhirat dan menjadi insan yang solehah.. InsyaAllah.. kepada umat Islam seluruh Malaysia mahupun luar negara.. semoga dapat menjalani ibadah puasa tahun ini sebaik mungkin.. kna ingat bukan hanya menahan lapar dan dahaga.. tetapi menahan segala perkara  yang dapat mengurangkan pahala kita di bulan yang mulia ini.. InsyaAllah.. semoga Allah dapat bersihkan hati kita dengan sifat mazmumah dan hiasi diri kita dgn sifat mahmudah.. Amin.. :)


Monday 8 July 2013

Tersenyumlah wahai hati yang bersedih!

Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkann buat kita,
Adakala kita tersangat gembira
Adakala kita tersabgat tidak suka,
AturanNya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia,
Allah itu Tuhan kita,
Tuhan yang Maha Kasih Sayangnya,

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
tersenyum di sana,
tertawa di sana
Berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir bawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya!




Tuesday 2 July 2013

Lah Tahzan Innallaha Ma'ana

Kala Hatimu sakit kerana beratnya hidup, tentunya sambil menangis kita tentu akan berkata : " YaAllah mengapa semua ini menimpaku?"
Katakanlah pada diri inilah cara Allah menjadikan kita kuat dan memberikan RahmatNya dan menunjukkan betapa sayang dan CintaNya Allah kepada kita. Kerana dalam ujian Allah pun pasti sudah menyiapkan JALAN buatmu.. InsyaAllah.. Bersabarlah :)  



Sunday 30 June 2013

Andai Allah sentiasa dihati

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w...




"Ingatlah Aku, Aku pasti ingat padamu."
[Al-Baqarah: 152]
#Allah..Allah.. Allah

Andai ALLAH sentiasa dihati,
Pasti kau takkan pernah rasa bersendiri...